Just press PLAY button to enjoy yourself!!



Beza tersirat orang BODOH & BIJAK

Merenung sejenak...
Memikirkan segala yang terjadi di sekitar persekitaran...

(SITUASI 1)
Tidak semua orang BODOH itu BODOH:
Kenapa??Contoh,kebanyakkan jenayah yg terjadi adalah dilakukan oleh mereka yang jahat yakni mereka yang BODOH kerana mahu menentang undang2.Namun,tidak semestinya yang BODOH itu BODOH.
Bukti 1 : Sekiranya penjenayah merompak bank,mereka akan merancang strategi terlebih dahulu,hal ini bermakna mereka tidak BODOH bahkan kreatif kerana mempunyai perancangan.
Bukti 2 : Semasa rompakan,penjenayah akan merompak wang,bukannya merompak perabot,dokumen2 bank,@ sebagainya.Hal ini kerana penjenayah tahu bahawa wang lebih bernilai.Hal ini bermakna mereka tidak BODOH bahkan bijak menilai sesuatu barang.
Bukti 3 : Setelah rompakan,penjenayah akan menggunakan wang rompakan utk membeli keperluan mereka seperti kereta,telefon,pakaian,makanan & sebagainya.Hal ini bermakna mereka tidak BODOH,bahkan pandai memanfaatkan kelebihan yg dimiliki utk memenuhi keperluan & kepuasan.

(SITUASI 2)
Tidak semua orang BIJAK itu BIJAK:
Kenapa??Contoh,sepasang kekasih yg juga pelajar IPT ditangkap berkhalwat di sebuah bilik hotel.Walaupun hakikatnya mereka BIJAK utk menilai baik buruk sesuatu perkara.Namun,tidak semestinya yang BIJAK itu BIJAK.
Bukti 1 : Sekiranya mereka ingin melakukan maksiat,mereka harus mencari tempat yg berada di luar pemantauan masyarakat agar tidak tertangkap,Namun mereka silap kerana memilih hotel.Hal ini kerana hotel tersebut mungkin sudah kerap diserbu Jabatan Agama selain mungkin dilengkapi CCTV.Tambahan pula,jika ingin menempah bilik,mereka harus mendaftar nama serta bayaran.Hal ini bermakna mereka tidak BIJAK kerana kurang perancangan & tidak kreatif dalam mengelakkan diri dari sebarang kemungkinan.
Bukti 2 : Semasa serbuan oleh Jabatan Agama(jika tertangkap),mereka memerlukan sekurang2nya 5 hingga 10 minit utk membuka pintu bilik.Hal ini menimbulkan syak kepada penguatkuasa bahawasanya penghuni bilik itu benar2 bersalah.Jika membuka pintu pula,sudah pasti mereka terketar2 utk menjawab pertanyaan penguatkuasa & sudah pasti menguatkan lagi keinginan penguatkuasa utk menyerbu ke dalam bilik.Hal ini bermakna mereka tidak BIJAK kerana tidak dapat mengawal situasi yg klimaks agar menjadi tenang,bahkan menyulitkan lagi diri mereka.
Bukti 3 : Selepas penahanan,mereka sudah pasti akan menyesal kerana sudah tertangkap & di fikiran mereka sudah pasti memikirkan hukuman yg bakal dihadapi selain memikirkan reaksi ahli keluarga & kawan2 jika tahu tentang kejadian tersebut.Hal ini bermakna mereka tidak BIJAK kerana tidak pandai mentafsir pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan' & sudah pasti mereka baru mempelajari maksud sebenar pepatah 'Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada guna'.....

bersambung.....
Suke? LIKE jer...Komen pun xpe :)

No comments :

Boneka D.Raja © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome