Cintailah orang yang mencintai ALLAH. Xperlulah berdating.xperlulah bergayut telefon berjam-jam..
~kalau kita betul2 minat kat seseorang perempuan tu, tanya dia sama ada dia sudi menjadi teman hidup kita SUATU HARI NANTI & bolehkah dia berjanji untuk setia sekiranya ada jodoh
~kalau perempuan tu kata ok,, (canteqqq)
~& buka balik cerita tu BILA DUA-DUA DAH BERSEDIA NAK KAHWIN
~sepanjang tempoh itu CUKUPLAH SEKADAR kita TAHU yang kita SALING MENCINTAI (bukan bermakna kita perlu selalu bermsg n selalu jmp). Masing-masing just perlu buat kerja masing-masing & bukan bermakna kita x ‘take care’ terhadap orang yang kita cintai tu..
~langkah seterusnya bertawakal pada Allah kerana Allah telah menentukan pilihan yang terbaekk untuk kita
~cara2 untuk mencintai seseorang ialah.... dengan meminang
~timbul persoalan untuk memahami peribadi seseorang yang kita sukai itu adalah hanya dengan bercinta. Sebenarnya cara yang Islam anjurkan adalah dengan meminang
~meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang tlah ditetapkan oleh Islam
~dalam tempoh meminang, pasangan boleh mengenali peribadi masing-masing, maka tiada sebab mengatakan Islam tidak mengambil berat tentang hati dan perasaan pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga
~tetapi meminang itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai suami isteri atau sebagai tiket untuk melakukan perkara2 yang boleh dilakukan seperti pasangan suami isteri atau bebas diheret ke sana sini tanpa mengawal batas
Kesimpulan tentang percintaan remaja yang tidak mengikut apa yang telah dibawa oleh islam.
~bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yang bersifat ‘harus’ dilakukan atau dengan kata laen seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian.
~apa yang paling menyedihkan dan mendukakan lagi kebanyakkan ‘pelakon-pelakon’ ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka ‘muslim’
~adakah Islam mempunyai ruang kebenaran untuk ‘bercinta-cintaan’ mengikut konsep muktahir yang dipegang oleh masyarakat kita?
~pergaulan bebas antara lawan jenis walau apapun namanya termasuk ‘adik angkat’ tetap HARAM hukumnya
~remaja sudah terlanjur dek keenakkan hidangan dunia sehingga tidak sedar ianya membahayakan
~dari kajian secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al-mustanir) terhadap realiti dapat dibuktikan bahawa pergaulan bebas adalah benih dari segala permasalahan sosial sekarang
~kecenderungan menyukai insan yang berlawanan jantina dengan kita adalah satu fitrah manusia yang mempunyai gharizah Al-nau’ (naluri untuk mengadakan keturunan)
~Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat
~terdapat 2 kemungkinan pengertian mengenai percintaan i) perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya ii)dua insan yang lawan jenis yang saling mencintai
~lalu ada yang berdalih bahawa untuk memahami calon suami atau isteri kita harus banyak bergaul
~selamanya seorang muslim akan terus berada dalam keadaan berdosa selama dia masih berada di bawah naungan ‘percintaan’
~kesimpulannya, tidak ada ruang atau kebenaran yang menghalalkan proses percintaan apatah lagi dengan konsep percintaan mukhtahir ini
~jelaslah, bercinta bukanlah jalan untuk mengenal kaum berlawanan kita. Bahaya sebenarnya bercinta ini, cuba bayangkan selepas anda dah serahkan segalanya pada buah hati anda, tiba-tiba sesuatu terjadi, tiada jodoh antara kalian berdua, apa mahu buat sekarang??
~tidak rasa bersalahkah nanti pada bakal suami atau isteri??
Renungkanlah~~
Adakah anda sanggup mengabaikan larangan Allah terhadap ‘bercouple’. sesungguhnya, azab Allah tersangatlah PEDIHHHH.....
Suatu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, sudahkah kita sebagai seorang muslim yag mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya mengikat diri kita dengan aturan ALLAH..??
Berdoalah...Allah itu Maha Penyayang. Sesungguhnya telah diciptakan lelaki dan perempuan untuk mereka hidup berpasang-pasangan. Jodoh, ajal, maut semuanya telah ditetapkan Allah.Setiaporang telah ditentukan jodohnya,hnaya qada’ dan qadar menetukannya...
Akhir kata...maaf seandainya coretan saya ini terkasar bahasa n coretan ini tidak tersusun sgt~~
p/s bagi yang telah terlanjur, bertaubat lah selagi pintu taubat mahu dibuka seluas-luasnya & janganlah kita menyalahertikan makna sebenar CINTA yang sebenarnya..dan ingatlah, sesiapa ynag mencintai dirinya ia meninjaunya (muhasabah)::
cinta yang hakiki yang perlu diletakkan paling atas dalam hati setiap insan ialah cinta kpd ALLAH, cinta kpd Rasul dan cinta kpd jihad. Sesungguhnya, cinta-cinta sebegini dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.








No comments :
Post a Comment